Sekolah Menengah Agama Gemas terletak di jalan Batu Anam, pekan Gemas Negeri Sembilan. Lokasinya agak tersorok kerana berada di atas bukit belakang Masjid Jamek Gemas. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai SMRA Gemas.
SEJARAH PENUBUHAN
SMRA Gemas ditubuhkan pada awal tahun 1969 dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Penubuhan sekolah ini mensasarkan murid-murid di sekitar Gemas sahaja dengan fasiliti yang minimum iaitu sebuah bagunan pentadbiran dan 3 buah kelas sahaja. Peperiksaan yang ditawarkan bermula dengan SRP, PMR, PT3 dan SPM bermula tahun 2011.
Senarai pengetua yang telah memberi perkhidmatan sejak tahun 1969 hingga kini:
- Abdul Aziz bin Hassan
- Aziz bin Ahmad
- Isa bin Abdul Rahman
- Mohd Zaki bin Zainuddin
- Rosnah binti Mohd Taha
- Rafidah binti Ab Rahman
- Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu
 |
Tiga dari kiri, Pengetua Ustaz Abdul Ghani bersama pegawai-pegawai dari JHEAINS |
Pada tahun 2007, sekolah ini telah menyediakan asrama untuk penginapan murid yang susah untuk berulang-alik ke sekolah. Seramai 6 orang aspura dan 12 orang aspuri yang menginap di asrama pada waktu itu. Murid aspuri di pantau oleh warden Nor Apizah binti Idzuddin, manakala murid aspura di bawah pantauan warden Hamizan bin Hamzah.
Bangunan sekolah kemudiannya ditambah baik pada tahun 2008 selepas MOU melalui Projek Ransangan Ekonomi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PERKHIDMATAN GURU
Guru yang berkhidmat pada tahun 1969 hanyalah seramai 4 orang sahaja iaitu Tuan Pengetua Abdul Aziz bin Hassan, Ustazah Siti Mariam binti Sulaiman, Ustazah Noriah binti Ismail dan Ustaz Mahadi bin Malik. Bilangan guru makin bertambah tahun demi tahun seiring dengan pertambahan murid yang mendaftar ke SM Agama Gemas. Jumlah guru terkini pada tahun 2022 ialah seramai 21 orang guru.
KURIKULUM
Sebelum tahun 2011, SM Agama Gemas hanya menawarkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek teras sahaja dengan tambahan subjek Pendidikan Agama Islam. Selepas menandatangani MOU dengan KPM, tiga subjek bertambah dengan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Bahasa Arab Tinggi.
Bermula tahun 2016, SM Agama Gemas menerima Kurikulum Bersepadu Dini sebagai kurikulum yang baharu. Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) merupakan kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh
KPM, Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam dan Jabatan serta Yayasan
Agama berdasarkan kurikulum agama dan bahasa Arab. Kurikulum ini dikenali dengan nama
rasminya sebagai Kurikulum Bersepadu Dini atau dengan panggilan mesranya Kurikulum Dini
yang dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia termasuk Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat.
Setelah melihat pemintaan yang tinggi
dan keperluan penyelarasan bagi tujuan penambahbaikan terhadap kurikulum ini KPM dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja dan majoriti Pihak Berkuasa Agama Negeri dan mengambil keputusan
untuk mengangkat kurikulum ini sebagai kurikulum kebangsaan.
Untuk pelaksanaan KBD terdapat beberapa punca kuasa yang penting telah diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan, antaranya:
1. Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012 pada 25 Jun 2012
telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz
sebagai Kurikulum Kebangsaan.
2. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke54.
KEPENTINGAN KBD KEPADA MURID
KBD berperanan mempertingkat keupayaan murid berasaskan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memastikan murid-murid menguasai pengetahuan, Kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional.
Aspek pengetahuan kurikulum ini akan mengembangkan potensi dan keupayaan murid dalam ilmu agama dan bahasa Arab. Kurikulum ini juga dapat mengembangkan Kemahiran berfikir murid melalui pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pembelajaran dan pengajaran dengan menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Dalam konteks Kemahiran memimpin, pendidikan dini akan mendokong dan memperkukuh empat (4) dimensi kepimpinan iaitu kemahiran entrepeneurship, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi yang berkesan berasaskan pemahaman dan penghayatan
dalil-dalil naqli serta penyantunan kepada sub ilmu dalam pendidikan shariah, usuluddin dan bahasa Arab.
Kurikulum ini yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar mampu memberi kelebihan dan nilai tambah kepada murid dalam penguasaan bahasa selain Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Kemahiran dwibahasa).
Murid-murid yang mengikuti kurikulum dini berupaya memperkukuh etika dan kerohanian bagi mendepani cabaran masa hadapan. Mereka diharapkan dapat menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip dalam situasi kritikal serta dapat membuat keputusan yang betul dan tepat berdasarkan prinsip Islam sebenar.
Kurikulum dini ini akan mengukuh prinsip Islam sebagai agama persekutuan di samping prinsip pertama rukun negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Kurikulum ini digubal berdasarkan manhaj ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dan pandangan muktabar Mazhab Shafie serta ketetapan institusi pihak-pihak berkuasa agama Islam di Malaysia. (Identiti nasional) Dengan KBD murid akan mengikuti setiap mata pelajaran dalam sistem kurikulum yang selaras sehingga ke peringkat SPM.
Kurikulum dini di SABK akan memenuhi 6 ciri utama aspirasi murid dalam PPPM dan berupaya bersaing diperingkat global.
KEPENTINGAN KBD KEPADA GURU
Guru dini ditawarkan skim yang sama seperti guru lain di bawah KPM tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan. Mereka akan menjalani latihan perguruan dan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik berasaskan prestasi dan kompetensi.
KEPENTINGAN KBD KEPADA SEKOLAH
SABK yang melaksanakan KBD layak menerima bantuan per kapita mata pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu, sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat diperkukuhkan.
KEPENTINGAN KBD KEPADA MASYARAKAT, BANGSA DAN AGAMA
Kurikulum dini digubal untuk menyediakan bakal ulama dan cendikiawan Islam yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk itu kurikulum ini berhasrat melahirkan agamawan yang muthaqqaf ke arah mencapai keredhaan Allah.
Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan songsang yang sering muncul dalam masyarakat.
KEPENTINGAN KBD KEPADA NEGARA
Menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam bertaraf dunia.
PENCAPAIAN
KURIKULUM (SPM)
2018: TERBAIK GPS (2.88)
2019: PELAJAR TERBAIK DAERAH TAMPIN (10A)
HAL EHWAL MURID (HEM)
1. ANUGERAH SURAU IMARAH (ASISS)
2. ANUGERAH TANDAS TERBILANG
3. KEHADIRAN MURID TERBAIK DAERAH TAMPIN
KOKURIKULUM
1. PERTANDINGAN MELAGUKAN SYAIR DAERAH TAMPIN (JOHAN)
2. PERTANDINGAN CATUR DAERAH TAMPIN
3. PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK (KE-3)
4. PERTANDINGAN PIDATO DAERAH TAMPIN (KE-5)
5. PERTANDINGAN UNIT BERUNIFORM (KRS)
 |
Adik Suhaila merupakan pelajar terbaik SPM 2019 daerah Tampin |


Comments
Post a Comment