BUKU PERATURAN SEKOLAH
SM AGAMA GEMAS
JALAN BATU ANAM, 73400 GEMAS NEGERI SEMBILAN
BUKU
PERATURAN SEKOLAH
NAMA MURID:____________________________
TINGKATAN/KELAS:______________________
SENARAI KANDUNGAN
Perkara
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.2 Visi Kementerian Pendidikan Malaysia
1.3 Misi Kementerian Pendidikan Malaysia
1.4 Matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia
BAB II PERATURAN
SEKOLAH
2.1 Kehadiran
2.2 Pakaian
Seragam Sekolah
2.3 Pakaian
Ketika pendidikan Jasmani, Sukan dan Permainan
2.4 Kebersihan
Diri dan Perhiasan
2.5 Perhimpunan
2.6 Bilik
Darjah
2.7 Pejabat
2.8 Bilik Guru
2.9 Bilik-bilik
Khas
2.10 Bilik
Air / Tandas
2.11 Waktu
Rehat
2.12 Tamat
Waktu Persekolahan
2.13 Kegiatan
Kokurikulum
2.14 Larangan
Khas
2.15 Surat
Menyurat
2.16 Perjumpaan
(Mesyuarat Murid)
BAB III PELANGGARAN
TATATERTIB
3.1 Kategori
Pelanggaran Tatatertib
Kategori
A :
Pelanggaran Tatatertib Berat
Kategori
B :
Pelanggaran Tatatertib/Tingkah Laku Lucah
atau Biadab
Kategori
C :
Pelanggaran Tatatertib/Tingkah laku Antisosial
Kategori
D :
Pelanggaran Tatatertib/Tingkah laku Curang
atau Tidak Jujur
Kategori
E :
Pelanggaran Tatatertib/Tingkah laku Tidak
Sopan dan Memalukan
BAB I
1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, VISI DAN
MISI KPM
1.1 Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi diri individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
1.2
Visi Kementerian Pendidikan
Malaysia
“ Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera “
1.3
Misi Kementerian Pendidikan
Malaysia
“ Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara “
1.4
Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia
1.4.1 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
1.4.2 Melahirkan insan yang beriman dan berakhlak
mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
1.4.3 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan dan kemajuan negara
1.4.4 Memberikan peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.
BAB 2
PERATURAN SEKOLAH
2.1 KEHADIRAN
2.1.1 Waktu
Persekolahan
Isnin : 7:30 pagi – 2:30 petang
Selasa :
7:30 pagi – 2:30 tengah hari
Rabu : 7:30 pagi – 4:30 petang
Khamis :
7:30 pagi– 3:30 petang
Jumaat : 7:30 pagi –
12.00 tengah hari
2.1.2 Murid
dikehendaki berada di sekolah sebelum atau pada pukul 7:15 pagi
2.1.3 Pelajaran
bermula pada pukul 7:30 pagi.
2.1.4 Pada hari Perhimpunan Rasmi (Isnin) dan
hari Jumaat, pelajaran bermula pukul 8.00 pagi.
2.1.5 Murid dibenarkan balik selepas solat zuhur
berjemaah di surau pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.
2.1.5 Kehadiran
adalah wajib. Kehadiran akan
diambil/dicatat pada waktu pertama.
2.1.6 Murid
yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit hendaklah mengemukakan surat
pengesahan doktor. Ketidakhadiran kerana sebab-sebab lain hendaklah
mengemukakan
surat daripada ibu, bapa, atau
penjaga. Tanpa surat, murid dianggap
ponteng.
2.1.7 Ponteng
Sekolah
Tindakan |
Bilangan Hari
Tidak hadir Berturut-turut |
Bilangan Hari
Tidak hadir Tidak Berturut-turut |
Amaran Pertama |
3 |
10 |
Amaran Kedua |
7 hari selepas Amaran Pertama |
10 hari selepas Amaran Pertama |
Amaran Terakhir |
7 hari selepas Amaran Kedua |
20 hari selepas Amaran Kedua |
Buang Sekolah |
7 hari selepas Amaran Terakhir |
20 hari selepas Amaran Terakhir |
Jumlah Hari Tidak Hadir |
31 |
60 |
2.2 PAKAIAN
SERAGAM SEKOLAH
Wajib dipakai sepanjang waktu
persekolahan, kelas tambahan, persatuan / kelab dan aktiviti rasmi sehingga 4:30
petang.
2.1
Murid Lelaki :
2.1.1 Seluar panjang berwarna hijau
kehitam-hitaman (Dark Olive), poket bukan jenis bertampal sama ada bahagian
belakang atau hadapan. Labuh sampai ke paras buku lali, tidak terlalu longgar
atau ketat dan bukan potongan berfesyen. Tali pinggang berwarna gelap berkepala
kecil dan tebal tidak melebihi 28 mm.
2.1.2 Baju kemeja putih berlengan panjang. Lengan baju di pergelangan tangan
hendaklah dikancing. Bahagian bawah baju
dimasukkan ke dalam seluar.
2.1.3
Kasut kanvas hitam dan stoking hitam
tanpa belang.
2.1.4 Tag nama diletakkan di sebelah kanan di
poket baju. Tag nama diletakkan di bahagian bawah lencana.
2.1.5
Tali leher berwarna hijau tua
bercetak lencana sekolah
2.1.6
Songkok baldu berwarna hitam. Ketayap
dan lain-lain tidak dibenarkan.
2.1.7
Hanya singlet putih sahaja
dibenarkan dipakai di bahagian dalam sama ada baju sekolah atau baju Melayu.
2.1.8
Pakaian pada hari Jumaat :
2.1.8.1 Sepasang baju Melayu putih cekak musang,
butang hendaklah sentiasa dipasang atau dipakai.
2.1.8.2
Bersamping seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Dipakai labuhnya di atas paras lutut dan
bahagian atas digulung di paras pusat.
2.1.8.3 Tag nama, lencana, kasut dan songkok sama seperti hari persekolahan
biasa.
2.1.9 Pakaian Pengawas Lelaki :
2.1.9.1 Seluar berwarna hitam, kemeja hijau muda,
kasut PVC/kulit berwarna hitam, stoking berwarna hitam tanpa belang, tag nama
hitam, bertali leher dan bersongkok.
2.1.9.2 Pakaian pada hari Jumaat.
Sepasang baju Melayu putih
bercekak musang, samping, kasut kanvas, songkok, tag nama dan lencana seperti hari persekolahan
biasa.
2.2 Murid
perempuan :
2.2.1
Kain berwarna biru torquis,
bersusun tepi (ombak beralun). Labuhnya sampai ke paras buku lali.
2.2.2 Baju Kurung putih berpesak,
labuhnya sampai ke paras lutut, hujung lengan bercekak dan berbutang. Rujuk
Lampiran B.
2.2.3
Kasut kanvas dan stoking berwarna
hitam.
2.2.4
Tudung bulat labuh tanpa sulaman
berwarna putih. Serkup berwarna putih.
2.2.5
Tag nama dan lencana dipakai di
tudung sebelah kiri dad
2.2.6
Pakaian Pengawas Murid Perempuan:
2.2.6.1 Kain berwarna hijau pekat. Baju
dan tudung berwarna hijau muda. Serkup berwarna putih. Kasut PVC/kulit dan
stoking berwarna hitam.
2.3
Pakaian ketika pendidikan
jasmani, sukan dan permainan :
2.3.1 Lelaki - Baju
T sekolah, seluar panjang (track-bottom)
berwarna hitam atau biru tua,
kasut kanvas hitam dan
berstoking.
2.3.2 Perempuan - Baju
T sekolah berlengan panjang, longgar dan labuh
menutup
punggung. Seluar panjang (track-bottom)
berwarna
hitam atau biru tua, kasut kanvas hitam,
berstoking dan bertudung kepala
(labuh).
Rujuk Lampiran C.
2.4
KEBERSIHAN
DIRI DAN PERHIASAN :
2.4.1
Penggunaan gel dan pewarna rambut
adalah dilarang.
2.4.2
Setiap murid lelaki dilarang
berambut panjang atau meniru fesyen rambut terkini.
2.4.3
Istilah rambut panjang adalah
seperti berikut :
Di belakang :
Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping 2 telinga.
Di depan :
Rambut menutup garisan tengah dahi.
Di sebelah
: Rambut menutup kedua-dua
telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang
melebihi garisan tengah hidung.
Rambut lebih dari 6 inci atau
15cm panjang.
Rujuk Lampiran A.
2.4.4 Murid lelaki juga tidak dibenarkan menyimpan misai atau berjanggut atau kedua-duanya.
2.4.5 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku sama ada yang kalis air atau tidak dan inai dilarang sama sekali.
2.4.6 Sebarang alat solek atau celak dilarang menggunakannya sama ada lelaki atau perempuan. Hanya bedak talkum dibenarkan.
2.4.7 Barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki dilarang memakainya sama ada lelaki atau perempuan kecuali subang telinga yang kecil bagi murid perempuan.
2.4.8 Hanya jam tangan sahaja dibenarkan murid memakainya.
2.5 PERHIMPUNAN :
2.5.1 Perhimpunan rasmi mingguan.
2.5.2 Diadakan pada setiap hari Isnin di tapak perhimpunan.
2.5.3 Semua murid mesti berada di tapak perhimpunan sebelum 7.30 pagi.
2.5.4 Pengawas bertugas bertanggungjawab menyusun kerusi guru, memasang bendera dan menyediakan sistem pembesar suara sebelum perhimpunan bermula.
2.5.5
Pengawas bertanggungjawab
menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan.
2.5.6 Semua murid hendaklah memberikan tumpuan penuh sepanjang perhimpunan berjalan. Berbual-bual dan membaca adalah dilarang sama sekali.
2.5.7 Perhimpunan dikendalikan oleh Pengawas bertugas yang telah ditetapkan.
2.5.8 Selepas perhimpunan rasmi, murid hendaklah berjalan ke bilik darjah mengikut barisan. Pemeriksaan pakaian, rambut dan sebagainya akan dijalankan oleh Guru Disiplin dan Pengawas.
2.5.9 Murid yang tidak menghadiri perhimpunan rasmi tanpa sebab yang munasabah dan tidak diberitahu terlebih dahulu kepada Guru Disiplin akan diambil tindakan.
2.6 BILIK DARJAH :
2.6.1 Murid hendaklah bangun menghormati Pengetua, guru atau pelawat rasmi
dan memberikan salam dan
memberikan ucapan terima kasih ketika mereka keluar.
2.6.2 Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
2.6.3 Papan kenyataan di hadapan kelas hendaklah dilekatkan perkara-perkara berikut :
Ø Pelan kedudukan murid dalam kelas.
Ø Jadual bertugas.
Ø Jadual waktu kelas.
Ø Senarai nama guru yang mengajar dalam kelas.
2.6.4 Di bahagian sudut atas sebelah kanan papan hitam hendaklah dicatatkan tarikh, jumlah kedatangan dan nama murid yang tidak hadir pada hari berkenaan.
2.6.5 Murid yang tidak hadir hendaklah mengemukakan surat akuan sakit daripada doktor atau surat daripada ibu bapa / penjaga kepada Guru Tingkatan.
2.6.6 Sudut-sudut mata pelajaran (di belakang kelas) hendaklah sentiasa dikemas kini.
2.6.7 Semasa ketiadaan guru, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta Pengawas dalam kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah .
2.6.8 Lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas digunakan. Lampu dipadamkan apabila keadaan telah cerah.
Murid dilarang sama sekali :
2.6.9 Membawa atau menggunakan pemadam cecair atau pemadam tape (tape/liquid paper).
2.6.10 Membawa dan menggunakan telefon bimbit.
2.6.11 Menconteng kerusi, meja, dinding, papan hitam dan semua alat dalam bilik darjah, bilik-bilik khas dan semua bangunan di kawasan sekolah.
2.6.12 Makan dan minum daam bilik darjah pada bila-bila masa.
2.6.13 Berbual, bergurau dan membuat bising dalam bilik darjah.
2.6.14 Menggunakan meja dan kerusi guru.
2.6.15 Duduk di atas meja.
2.6.16 Mengubah kedudukan meja dan lain-lain tanpa kebenaran guru tingkatan.
2.6.17 Membuat / menyepahkan sampah.
2.6.18 Menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
2.6.19 Tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
2.6.20 Melawan Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas dan Pengawas.
2.6.21 Meniru kerja kawan.
2.6.22 Tidur di dalam bilik darjah.
2.6.23 Malas, cuai dan degil.
2.6.24 Menepuk pemadam papan hitam di dinding sekolah atau mana-mana bahagian sekolah.
2.6.25 Sebarang kerosakan harta benda dalam bilik darjah akibat salah guna adalah tanggungjawab murid berkenaan.
2.6.26 Segera pergi dan masuk ke kelas selepas Pendidikan Jasmani, balik dari bengkel, Perpustakaan, Makmal Komputer / bilik-bilik khas dan selepas waktu rehat.
2.7 PEJABAT :
2.7.1
Kaki lima yang berhampiran
dengan pejabat tidak boleh dilalui kecuali ada urusan di pejabat.
2.7.2
Ke pejabat jika
ada urusan.
2.7.3
Ucapkan salam
sebelum masuk.
2.7.4
Jadual kehadiran
ambil di kaunter pejabat dan serahkan jadual yang telah di isi pada pukul 8.30
pagi.
2.8 BILIK GURU :
2.8.1
Tidak dibenarkan
masuk kecuali dengan kebenaran.
2.8.2
Ketuk pintu dan
ucapkan salam sebelum masuk.
2.8.3
Jangan terlalu
ramai semasa berurusan dengan guru.
2.9 BILIK-BILIK KHAS :
Makmal sains, Makmal Komputer, Pusat Sumber,
Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Tayang, Bilik SPBT dan Bilik Gerakan.
2.9.1
Murid hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan khas yang ditetapkan bagi bilik-bilik berkenaan.
2.10 BILIK AIR / REST ROOM :
2.10.1 Pada waktu persekolahan, kebenaran ke bilik air / rest room adalah seperti yang berikut :
Ø Waktu rehat.
Ø Pada waktu belajar setelah mendapat kebenaran guru.
Ø Mendapat kebenaran Ketua Kelas / penolong ketika ketiadaan guru.
2.10.2
Pastikan paip
ditutup dengan sempurna selepas digunakan.
2.10.3
Jirus sehingga
bersih dan pam setelah menggunakan tandas.
2.10.4 Dilarang sama sekali menconteng dinding dan merosakkan segala peralatan di dalam bilik air / rest room.
2.11 WAKTU REHAT :
2.11.1
Dilarang makan
dan minum di dalam kelas.
2.11.2
Hendaklah
beratur semasa membeli makanan.
2.11.3
Hendaklah duduk
dan bersopan ketika makan / minum.
2.11.4
Pinggan /
mangkuk dan gelas yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang
disediakan.
2.11.5
Pembungkus
makanan / minuman hendaklah dibuang ke dalam tong / bakul sampah yang
disediakan.
2.11.6
Pastikan kerusi
dirapatkan ke meja selepas digunakan.
2.11.7
Dilarang membuat
bising seperti bergurau, menjerit dan seumpamanya.
2.11.8
Dilarang membeli
makanan / minuman selain dari kantin / koperasi sekolah.
2.12 TAMAT WAKTU PERSEKOLAHAN :
2.12.1
Balik hanya pada
waktu yang telah ditetapkan.
2.12.2
Pastikan bilik
darjah kemas dan bersih sebelum ditinggalkan.
2.12.3
Kerusi
dirapatkan ke meja, papan hitam dibersihkan, tong sampah dikosongkan.
2.12.4
Keluar kelas
dalam keadaan yang tenteram dan pakaian masih dalam keadaan kemas.
2.12.5
Pastikan kipas,
lampu dan pendingin hawa dimatikan.
2.13 KEGIATAN KOKURIKULUM :
2.13.1
Hadir tepat pada
waktu yang ditetapkan.
2.13.2
Memakai pakaian baju
T sekolah / kelab atau pakaian seragam badan beruniform.
2.13.3
Memakai pakaian
sukan untuk aktiviti sukan dan permainan.
2.14 LARANGAN KHAS :
Murid di sepanjang waktu persekolahan / kelas tambahan / ko-kurikulum (selain larangan yang dinyatakan sebelumnya) :
Ø Berada di kantin.
Ø Berada di luar kawasan sekolah.
Ø Berada di perpustakaan tanpa guru.
Ø Merayau-rayau tanpa tujuan.
Ø Berurusan dengan pihak luar.
2.15 SURAT-MENYURAT :
2.15.1 Segala urusan
rasmi termasuk surat-menyurat dengan jabatan-jabatan kerajaan / agensi /pertubuhan / orang
perseorangan di luar waktu sekolah
hendaklah melalui Pengetua.
2.15.2 Murid tidak
dibenarkan menulis ke akhbar-akhbar, majalah-majalah.
2.15.3
Pihak sekolah berhak
membuka surat masuk / keluar bagi mana-mana murid.
2.16 PERJUMPAAN (MESYUARAT MURID) :
2.16.2 Setiap
perjumpaan atau mesyuarat murid, mestilah dihadiri sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat.
2.16.2 Sebarang perjumpaan mestilah dengan kebenaran Pengetua.
2.16.3 Perjumpaan
melibatkan orang luar mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua.
2.16.4
Murid tidak dibenarkan mempunyai
sebarang kaitan atau menganggotai mana-mana persatuan di luar sekolah tanpa
kebenaran Pengetua.
BAB 3
PELANGGARAN TATATERTIB
3.1 KATEGORI PELANGGARAN TATATERTIB
Kategori A : Pelanggaran Tatatertib Berat
A.1 Menjadi anggota kumpulan jahat / pertubuhan haram.
A.2 Membawa atau memiliki senjata berbahaya dengan tujuan yang jahat.
A.3 Memukul Pengetua / Guru / Ketua Murid atau murid-murid yang lain.
A.4 Mengancam / mengugut Pengetua / Guru / Ketua Murid atau murid-murid.
A.5 Memeras ugut.
A.6 Melibatkan diri dengan minuman keras atau sebarang bentuk
makanan atau
minuman atau apa-apa sahaja yang boleh mengkhayalkan.
A.7 Berdua-duaan lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
A.8 Melakukan perbuatan sumbang atau / bercumbu-cumbuan.
A.9 Melakukan peloncoan (ragging) dalam apa-apa jua bentuk dan rupa.
A.10 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu atau kebenaran Pengetua.
A.11 Merosakkan harta benda kerajaan / sekolah / guru atau sebarang
hak
milik perseorangan.
A.12 Melibatkan diri atau melakukan perbuatan mencuri.
A.13 Membawa, memiliki atau menghisap rokok.
A.14 Melibatkan diri dalam sebarang bentuk judi.
A.15 Sengaja menimbilkan isu atau sesuatu perkara yang sensitif
dengan tujuan
menimbulkan kacau-bilau.
A.16 Ponteng waktu persekolahan.
A.17 Membantah hukuman Pengetua / Guru sesudah diberi amaran.
A.18 Berkelakuan biadap terhadap Pengetua / Guru (menunjukkan sikap
bongkak atau
membuat penghinaan).
A.19 Ponteng dari berpuasa / solat berjemaah tanpa sebab.
A.20 Menyalahgunakan peralatan elektrik di sekolah.
A.21 Meceroboh kawasan larangan.
A.22 Melanggar undang-undang lalu-lintas jalan raya.
A.23 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Tatatertib Sekolah.
KATEGORI B : Pelanggaran Tatatertib / Tingkah laku lucah atau biadab.
B.1 Membaca, membawa, memiliki, meminjam, menunjuk, mengamati atau menyebarkan bahan-bahan atau gambar lucah (termasuk majalah-majalah hiburan).
B.2 Menggunakan kata-kata atau isyarat lucah.
B.3 Melukis gambar atau menulis kata-kata lucah.
B.4 Menampal sebarang gambar atau kata-kata lucah di mana-mana sahaja.
B.5 Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang atau lucah.
B.6 Kesalahan lain yang difikirkan sesuai
termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga
Tatatertib Sekolah.
KATEGORI C : Pelanggaran Tatatertib / Tingkah laku Antisosial.
C.1 Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah.
C.2 Bergaduh dan berkelahi.
C.3 Menyalahgunakan kemudahan sekolah / kuasa yang diamanahkan.
C.4 Menarik diri dari kegiatan kokurikulum atau mewakili sekolah / negeri dalam sebarang aktiviti.
C.5 Tidak menghadiri sebarang kegiatan kokurikulum yang telah diaturkan seperti mesyuarat agung, mesyuarat jawatankuasa, lawatan, latihan dan sebagainya.
C.6 Bersubahat / menyuruh murid lain keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
C.7 Kesalahan yang difikirkan termasuk dalam
kategori ini oleh Lembaga Tatatertib Sekolah.
KATEGORI D : Pelanggaran Tatatertib / Tingkah laku Curang atau Tidak Jujur.
D.1 Meniru dalam ujian / peperiksaan.
D.2 Meniru tandatangan Ibu bapa / Penjaga / Pengetua / Guru / Ketua Murid.
D.3 Bercakap bohong dengan Pengetua / Guru / Ketua Murid.
D.4 Mengubah markah ujian / peperiksaan.
D.5 Meniru kerja rumah rakan.
D.6 Memiliki atau menggunakan alat-alat sukan / permainan / barang –barang kepunyaan sekolah atau orang perseorangan tanpa kebenaran.
D.7 Menghilangkan alat-alat sukan / permainan / barang-barang kepunyaan sekolah atau perseorangan.
D.8 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi ejen perniagaan.
D.9 Masuk ke bilik guru / bilik-bilik khas tanpa kebenaran.
D.10 Tidak menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.
D.11 Membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah / bilik-bilik khas / dewan seperti meja, kerusi dan lain-lain kecuali diarahkan.
D.12 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Tatatertib Sekolah.
KATEGORI E : Pelanggaran Tatatertib / Tingkah Laku Tidak Sopan dan Memalukan.
E.1 Berbahasa kesat atau mencarut.
E.2 Rambut tidak bersikat / tidak berminyak.
E.3 Menyimpan ekor rambut / berambut panjang bagi lelaki.
E.4 Berambut menyerupai kumpulan tertentu/mewarnakan rambut/menggunakan gel.
E.5 Menyimpan misai, janggut / jambang / melebihi garisan tengah hidung atau ketiga-tiganya bagi lelaki.
E.6 Menyimpan kuku panjang / mengecat kuku / berinai.
E.7 Memakai, membawa rantai leher, gelang tangan / gelang kaki, cincin dan barang kemas yang lain samaada lelaki atau perempuan kecuali subang kecil bagi murid perempuan.
E.8 Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak sekolah.
E.9 Tidak memakai tag nama dan lencana sekolah.
E.10 Memakai tag nama orang lain.
E.11 Memakai stoking berbelang / berwarna.
E.12 Tidak memakai stoking.
E.13 Kasut sekolah kotor.
E.14 Memakai kasut kanvas berwarna.
E.15 Tali pinggang tidak mengikut peraturan.
E.16 Seluar terlalu labuh/terlalu singkat/terlalu ketat/kaki seluar tidak ikut peraturan.
E.17 Baju sekolah kain sutera.
E.18 Memakai baju dalam (lelaki) bukan singlet / baju T dan lain-lain.
E.19 Lengan baju kurung sekolah (perempuan) tidak bercekak / butang tidak dipasang.
E.20 Memakai pakaian kotor.
E.21 Tidak bersongkok (lelaki), tidak bertudung labuh (perempuan) kecuali waktu PJK.
E.22 Kemeja atau baju Melayu tidak dibutangkan.
E.23 Tidak memakai baju PJK semasa PJK atau sukan dan permainan.
E.24 Bersolek atau bercelak.
E.25 Membuat bising / merayau-rayau di bilik darjah sehingga menjejaskan ketenteraman.
E.26 Tidak memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar.
E.27 Berbual-bual tanpa memberikan perhatian ketika berada dalam perhimpunan sekolah / ceramah / syarahan yang dianjurkan oleh persatuan atau pihak sekolah.
E.28 Berkelakuan sumbang dalam sebarang majlis.
E.29 Lalai atau cuai terhadap Kad Pengenalan / barang / harta dan buku teks.
E.30 Datang lewat ke sekolah / perhimpunan / kegiatan kokurikulum dan sebarang aktiviti sekolah atau keluar lebih awal dari masa yang ditetapkan atau kedua-duanya sekali. (Termasuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan).
E.31 Ponteng kelas tambahan / perhimpunan / aktiviti sekolah serta aktiviti kokurikulum. (Termasuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan).
E.32 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
E.33 Duduk dalam bilik darjah semasa waktu rehat.
E.34 Berada di kantin pada waktu persekolahan.
E.35 Menggunakan perpustakaan pada waktu persekolahan tanpa guru / tanpa kebenaran.
E.36 Tidak menjalankan tugas di kelas.
E.37 Tidak menyanyi dalam perhimpunan.
E.38 Tidak berada dalam barisan semasa pergi / balik ke makmal, bengkel dan seumpamanya.
E.39 Memotong barisan semasa beratur di kantin.
E.40 Mengambil makanan murid lain semasa berada di kantin.
E.41 Membawa makanan keluar dari kantin.
E.42 Makan / minum di bilik darjah pada sebarang masa.
E.43 Makan / minum sambil berdiri / berjalan.
E.44 Membuang sampah di merata-rata tempat.
E.45 Tidak memungut sampah di kawasan / bangunan sekolah apabila ditemui atau berada di sekitarnya.
E.46 Membuang barang-barang yang bahaya dari atas bangunan sekolah.
E.47 Meludah merata-rata di kawasan sekolah termasuk dari tingkat atas ke bawah dan longkang tidak berair / air tidak mengalir.
E.48 Memetik daun / bunga / mematahkan pokok / ranting di kawasan sekolah.
E.49 Basikal tidak di kunci / tidak disusun.
E.50 Tidak menolak basikal ketika masuk ke dalam kawasan sekolah.
E.51 Tidak mematuhi peraturan perpustakaan, bilik komputer, bengkel dan bilik-bilik khas yang lain.
E.52 Membawa / memiliki / menggunakan sebarang alat muzik / radio / radio kaset / walkman danseumpamanya.
E.53 Merosakkan perabot / peralatan sekolah / tandas / bilik-bilik khas dan kantin.
E.54 Memecahkan cermin tingkap atau papan kenyataan.
E.55 Memiliki / menyimpan / menggunakan pemadam cecair atau tape.
E.56 Tidak membawa buku teks / buku latihan dan keperluan pelajaran yang lain.
E.57 Tidak membawa balik buku teks / mengosongkan meja bilik darjah selepas waktu persekolahan.
E.58 Mengoyakkan bahan bacaan / menghilangkan buku teks / buku perpustakaan / buku teks.
E.59 Menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah, perabot dan sebarang harta sekolah / orang perseorangan.
E.60 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk
dalam kategori ini oleh Lembaga Tatatertib Sekolah.
3.2 TINDAKAN PELANGGARAN PERATURAN & TATATERTIB.
Apabila seseorang atau kumpulan murid didapati bersalah melakukan perbuatan melanggar Peraturan Sekolah, maka tindakan dan hukuman berikut boleh dikenakan ke atasnya.
3.2.1 Nasihat
3.2.2 Amaran.
3.2.3 Pengetua berjumpa murid berkenaan dengan surat dihantar kepada ibu bapa.
3.2.4 Rotan.
3.2.5 Gantung persekolahan.
3.2.6 Buang sekolah.
3.2.7 Hukuman lain yang difikirkan munasabah oleh Pengetua / Lembaga Tatatertib Sekolah.
3.2.8 Murid-murid yang didapati
melanggar peraturan, perihalnya itu akan dilaporkan ke Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Kementerian Pendidikan
Malaysia atau pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. Kesalahan jenayah akan
diserahkan kepada polis.
Dimaktubkan
di SMA Gemas
Edisi Kemas
Kini 2019
Comments
Post a Comment